Andai Lelaki Tahu.....
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki
itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki
itu.
Lihat
saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu..
Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan
bermakna dia tidak sayang..
tetapi
dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia
hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan merajuk,
jangan
kata dia mengada-ngada.
Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai
lelaki tahu. .
Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia
benar-benar maksudkannya.
Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi
dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai
kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia
hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila
dia kembali tenang,
percayalah
dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan.
Dia
terlalu emosional.
Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada
diri anda.
Andai
lelaki tahu..
Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi
sekiranya mereka saling memahami,
mereka
akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di
sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya.
Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan
bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong
anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk
anak2 anda. Andainya mereka tahu…
Komentar
Posting Komentar